Hubungi kami

Syarikat kami :
JASNI RESOURCES
No. 27-3F, Jalan Setia Perdana BE U13/BE
Section U13, Setia Alam
40170 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan

Mobile : +6012-3051905 Jasni

Email :

jasniresources@yahoo.com.my

Website:

http://cleanbubbles.blogspot.com


Jasni Resources adalah sebuah syarikat yang didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan Nombor Pendaftaran SA0272348-K. Syarikat ini adalah sebuah syarikat 100% bumiputera.


Bahan - Bahan pencuci yang dipasarkan mempunyai nama / jenama yang berbeza namun mempunyai bahan asas yang sama. Yang membezakan bahan pencuci tersebut adalah harga dipasaran dan sambutan pengguna ke atas barangan tersebut. Barangan yang mahal kadangkala tidak menjamin kebersihan mengikut kehendak pengguna. Begitu juga dengan jenama yang murah tidak semestinya tidak bagus, kadangkala barangan pencuci yang murah lebih bagus daripada barangan yang berjenama dan mahal. Memang sukar memuaskan kehendak pengguna tentang kebersihan pakaian disebabkan pemikiran dan kepuasan pengguna adalah berbeza di antara satu sama lain. Namun demikian, segalanya adalah keputusan pengguna itu sendiri mengikut keserasian barangan manakah yang perlu dipilih.


Memandangkan ekonomi Negara berkembang begitu pesat, tidak semua golongan berkemampuan membeli barangan yang berjenama / mahal dan kenapa kita perlu membeli barangan berjenama / mahal sedangkan bahan asas yang digunakan adalah sama dan penggunaanya adalah digunakan hampir setiap hari dan akan menyebabkan perbelanjaan harian kita bertambah. Berjimatlah selagi boleh. Bahan pencuci pakaian kami (detergent) juga adalah bahan pencuci pakaian yang menggunakan bahan yang sama dan diproses sendiri oleh syarikat kami. Bahan asas sebagai bahan pencuci pakaian adalah bahan-bahan yang selamat digunakan, boleh menghilangkan segala kekotoran yang degil dan tidak perlu menggunakan kuantiti bahan pencuci pakaian yang terlalu banyak.


Sebelum bahan pencuci kami diproses, kami telah membuat penyelidikan tentang kepekatan, keberkesanan dan kebersihan maksimum ke atas pakaian yang dicuci bersesuaian dengan kehendak pengguna. Di zaman teknologi yang serba canggih sekarang ini mesin pencuci pakaian digunakan dan sememangnya kita tidak perlu MENYENTAL pakaian begitu teruk sekali namun kadangkala kotoran yang degil tidak juga TANGGAL. Cubalah barangan kami..... anda pasti akan berpuas hati.


No comments: