Tips


11 TIPS PENCUCIAN ...    

1. Suhu air
Pertama sekali, lihat label penjagaan pakaian anda. Secara umumnya, peraturan ini adalah seperti berikut: Sejuk(cool water) adalah untuk kain halus, fabrik yang mudah/mungkin mengecut, dan warna gelap sensitif/mudah luntur. Hangat(warm water) adalah untuk fabrik sederhana kotor dan buatan manusia. Panas(hot water) untuk fabrik putih, pakaian benar-benar kotor, dan fabrik mudah mengeluarkan warna.

2. Memastikan Fabrik putih bersih sebersihnya.
Apabila fabrik berwarna  putih mula bertukar seakan kekuningan, faktor-faktor ini perlu dipertimbangkan: Anda perlu menggunakan bahan pencuci yang secukupnya untuk mendapatkan pakaian yang bersih; suhu air mungkin terlalu rendah (fabrik putih bertindak dengan berkesan di dalam air panas) dan cuba produk peluntur yang selamat untuk fabrik dalam cucian anda.Asingkan pakaian bewarna dengan pakaian/kain putih ketika membasuh untuk mengelakkan fabrik putih bertukar warna atau kusam.

3. Mengelakkan Fabrik Hitam/gelap kusam.
Sesuatu yang menyedihkan apabila seluar/fabrik hitam tidak kelihatan begitu hitam lagi. Caranya, terbalikkan pakaian/fabrik berwarna gelap anda ke dalam (bahagian luar ke dalam) sebelum mencuci dan mengeringkannya untuk mengurangkan luntur dan tekanan pada fabrik kesan daripada proses mencuci dan mengeringkannya. Juga, periksa suhu air - ia mungkin terlalu panas untuk fabrik berwarna anda. Periksa label penjagaan fabrik untuk melihat cadangan pengeluar.

4. Mengelakkan fabrik/pakaian  berkedut
Jangan menyalahkan pengering mesin basuh anda. Pengecutan pada fabrik yang berlaku selepas proses pengeringan biasanya kira-kira 1 hingga 3 peratus sahaja. Cara terbaik untuk mengelakkan perubahan yang besar pada fabrik/pakaian adalah dengan mengikut label penjagaan. Jika pada label membenarkan mesin basuh, menetapkan penggunan air sejuk dan sama ada perlu menggantung item untuk mengeringkan atau memerlukan pengering (dryer) pada tahap terendah.Pelembut pakaian (fabrik softener) juga boleh digunakan untuk mengurangkan tekanan pada fabrik sekaligus mengurangkan kesan kedut dan memudahkan proses ironing.Berhati-hati – jika tidak mematuhi arahan label penjagaan, benda yang telah rosak sukar diperbetulkan lagi.


5. Mengelakkan fabrik mengeluarkan warna
Jangan sekali-kali menjadikan pakaian anda mengeluarkan warna merah jambu lagi. Untuk mengetahui sama ada sesuatu fabrik mengeluarkan warna dengan cepat atau tidak,letakkan sedikit air pada sudut dalam atau jahitan, dan perhatikan sama ada pewarna keluar atau tidak. Apabila partikel merah pakaian terkena pada fabrik lain terutamanya putih, tidak ada banyak yang boleh anda lakukan. Anda boleh memilih untuk membersihkan lagi fabrik putih tersebut dan menambah sedikit peluntur, tetapi kerosakan biasanya akan kekal.

6. Adakah fabrik halus/lembut
Jangan biarkan fabrik sutera/halus  anda yang cantik lagi mahal menerima  tekanan agresif daripada mesin.Cara yang terbaik adalah dengan meletakkan di dalam beg pakaian jaringan untuk mengurangkan pergeseran dan tekanan pada fabrik yang boleh melemahkan fabrik,akhirnya koyak. Sekiranya ragu-ragu, membasuh dengan tangan sentiasa adalah alternatif yang paling selamat. Untuk cucian fabrik halus/lembut, tenggelamkan dengan air sejuk, tambah setudung penuh bahan pencuci ringan, dan gosok di sekeliling dengan tangan anda untuk kira-kira 3 hingga 5 minit. Biarkan bahan pencuci menyerap selama 10 minit dan kemudian bilas dengan air sejuk.Selesai membasuh,ampaikan sahaja atau sekiranya memerlukan pengeringan dengan cepat,letak di atas sehelai tuala bersih putih,gulungkan ke atas dan dengan lembut perahkan untuk mengeluarkan air yang berlebihan.

 7.Asingkan!
Anda perlu mengasingkan mengikut warna  dan jenis fabrik, suhu air,tahap kekotoran.

Fabrik putih:
Pastikan diasing secara berasingan dengan fabrik yang berwarna hitam untuk mengelakkan warna hitam melekat pada fabrik putih anda.

Fabrik halus:
Diasingkan dengan fabrik kasar/lasak seperti jeans untuk memelihara fabrik daripada berbulu atau cepat rosak kesan pergeseran di antara fabrik.

Fabrik bewarna:
Perlu diasingkan sekiranya fabrik tersebut mudah mengeluarkan/turun warna untuk        mengelakkan warna menyerap/bercampur dengan fabrik lain.

Sangat kotor:
Basuh secara berasingan supaya kotoran tidak diserap/dipindahkan pada pakaian lain sehingga membuatkan pakaian putih menjadi kelabu dan tidak berseri.

Fabrik:
Gunakan peraturan di atas, dan perhatikan jenis kain yang mungkin meninggalkan sisa fabrik pada fabrik lain seperti tuala dan barangan bulu. Dan selalu periksa poket sekiranya terdapat bahan asing seperti  tisu/kertas.

8. Pilih bahan pencuci
Pilih bahan pencuci yang memenuhi keperluan keluarga dan deria anda. Bahan pencuci jenis cecair adalah sesuai untuk proses merendam dan menanggalkan kotoran ketika membasuh kerana sifatnya yang mudah larut di dalam air basuhan. Serbuk adalah baik untuk menghilangkan kotoran umum (ia juga benar-benar berkesan mengangkat bendasing dalam kotoran). Versi Ultra adalah cecair pekat atau serbuk dalam pakej kecil direka untuk memberikan anda lebih penjimatan kerana tidak memerlukan penggunaan yang banyak, dapat bertahan lebih lama dan pakej  yang tidak mengambil ruang yang banyak.
  
9. Jangan Lupa untuk menambah Pelembut Fabrik
Adakah anda ingin pakaian yang kering tidak berkedut? Gunakan pelembut kain tersedia  dalam bentuk cecair mudah larut. Kini, beberapa bahan pencuci didatangkan bersama bahan pelembut untuk memudahkan proses mencuci. Sebelum bahan pencuci cecair dituang ke dalam mesin pencuci anda , perlulah dicairkan terlebih dahulu sebelum ia bercampur dengan air. Elakkan menuang terus ke atas pakaian kerana ia mungkin mendap/mengotorkan.

10. Jangan biarkan pakaian lembab dibiarkan begitu sahaja!
Adalah baik untuk mengeluarkan pakaian daripada mesin sebaik sahaja proses membasuh/mengeringkannya telah selesai daripada membiarkannya terlalu lama di dalam ruang basuhan/pengering. Pakaian lembab yang lama tidak dikeluarkan, lebih banyak berkedut di dalam pengering atau menghasilkan kulat dalam cucian sekaligus bakteria terhasil menghasilkan bau hapak atau kurang menyenangkan. Anda juga boleh memilih bahan pencuci anti bakteria untuk mengurangkan kesan di atas.Beri perhatian kepada tempoh masa pengeringan di dalam ruang pengering (dryer) supaya basuhan tidak terlalu kering yang akhirnya membuatkan pakaian lebih kedut dan cepat rosak kerana pakaian lembab,serat fabriknya dalam keadaan lemah dan mudah putus.

11. Pastikan Kotoran tidak terus melekat pada pakaian
Bertindak segera! Jika anda merendam dan mengosok sedikit serta membilas secepat mungkin kesan kotoran seperti sos/kicap, anda mungkin mencegah kotoran daripada terus kekal dan sukar ditanggalkan. Bilas atau rendamkan pakaian dalam air dan teruskan membasuh.Ulangi proses sehingga kotoran tidak kelihatan lagi.Kotoran dari lemak,perlu di rendam,digosok sedikit dan dibilas bersama air panas untuk memecahkan kesan lemak pada serat fabrik.


No comments: